Thursday, March 28, 2013

Catatan 28.3.2013

Teks: Nouri Jubli

Baru sahaja selesai makan malam bersama suami di restoran pilihan. Ayam 'butter milk' yang suami order tidak di makan selaju yang biasa. Katanya lagi sedap ayam 'butter milk' saya masak. Senyum ke telinga mendengar pujian suami. Habis saja makan , kami singgah ke pasar raya membeli ayam buat makan tengahari esok.

Hidangan ayam 'butter milk' mudah didapati di mana-mana restoran di sini. Tapi bezanya air tangan seorang-seorang. Ayam yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Resipi ni sangat mudah. Nak belajar masak resipi ni? Semak di bawah.

Ayam Butter Milk

Isi ayam
Tepung gandum
serbuk lada sulah

Mentega
Daun kari
Cili Thailand
Susu (boleh ganti dengan susu cair)
Susu manis

Cara memasak:

Gaul isi ayam dengan tepung gandum dan lada sulah. Goreng hingga garing. Ketepikan.

Panaskan kuali dan masukkan mentega hingga cair.  Api jangan besar, mentega mudah hangus.Gunakan api yang sederhana. Setelah itu  masukkan daun kari dan cili hingga naik bau. Tuang susu sambil gaul secukup banyak ayam yang diperlukan. masukkan 2-3 sudu makan susu manis kalau nak pekat boleh campur air dengan tepung gandum kedalam masakan. Tambah garam dan perasa. . Sedia dihidangkan.

Selamat mencuba =)



Pengenalan

Teks: Nouri Jubli

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pagi yang cerah ceria untuk para pembaca sekelian. Ini adalah pertama kali saya membuat blog untuk mengisi masa lapang saya disamping berkongsi pengalaman saya sebagai seorang surirumah separuh masa yang berkerjaya. Terlebih dahulu saya perkenalkan diri saya. Cahaya mulia makna Noorizzah binti Jubli nama yang diberikan oleh ke dua ibubapa saya 26 tahun yang dahulu. Tetapi lebih mesra dipanggil kawan-kawan dengan nama Nouri. Nama yang diberi tanpa sengaja oleh cikgu saya semasa di sekolah rendah. Ibubapa saya Jubli dan Salomah, dua nama yang unik. Kedua-duanya masih lagi bekerja. Saya anak pertama dari lima adik beradik. Tiga tahun perkahwinan, kami dikurniakan dua puteri yang comel bernama Fareshya dan Sofeyya.

Mendapat kelulusan Ijazah sarjana Muda Pendidikan di Universiti tempatan. Selama tiga tahun lebih mengajar subjek 'Combined Science' di sekolah menengah kerajaan bermacam-macam pengalaman manis dan pahit dilalui semasa mendidik walau dikira masih baru. Tahun ni saya mengajar Tahun 11. Kelas tahun yang paling digeruni guru-guru sebab penuntut bakal menduduki peperiksaan terbesar, GCSE O Level. Semua orang, pengetua, guru-guru, penuntut terutama sekali ibu bapa penuntut sangat-sangat mengharapkan keputusan yang cemerlang. Orang yang paling terasa gerunnya tentulah penuntut yang akan menduduki.  InshaAllah, dengan pengalaman yang ada, saya akan kongsikan Tips Belajar Di Rumah Super Seronok =)

Saya berasal dari Brunei Darussalam. Sekarang keluarga kecil saya tinggal di kediaman suami sendiri, Pekan Seria, asal tanah minyak yang masyhur sebagai penjana ekonomi negara. Di sinilah masa-masa lapang saya habiskan dengan menambah ilmu pengetahuan dengan membaca majalah-majalah wanita, dekorasi, resipi atau buku motivasi berunsurkan kebebasan kewangan dan pembaikan diri. Masa saya juga selalu dihabiskan dengan membaca online.

Ketika blog ini ditulis saya sedang cuti bersalin anak kedua. Saya seronok menjaga anak-anak dan dapat memberikan penyusuan eksklusif kepada Sofeyya yang tidak pernah saya lakukan pada Fareshya dulu. Sebelum ni suami hanya makan di tempat kerja sekarang sanggup balik ke rumah semata-mata untuk menikmati juadah tengah hari yang saya pelbagaikan setiap hari. Tidak payah tunggu hujung minggu untuk berjumpa ibu dan ayah. 'Melepak' dan 'cuci mata' dengan adik-adik ke kedai pakaian kesukaan kami. Dapat mengaji sampai khatam beberapa kali. Dengan masa saya dipenuhi dengan hari-hari yang indah, hati saya terpaut dengan impian untuk menjadi surirumah sepenuh masa yang berjaya di dunia dan akhirat.InshaAllah, ia akan menjadi kenyataan.