Teks: Nouri Jubli
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pagi yang cerah ceria
untuk para pembaca sekelian. Ini adalah pertama kali saya membuat
blog untuk mengisi masa lapang saya disamping berkongsi pengalaman
saya sebagai seorang surirumah separuh masa yang berkerjaya. Terlebih
dahulu saya perkenalkan diri saya. Cahaya mulia makna Noorizzah binti
Jubli nama yang diberikan oleh ke dua ibubapa saya 26 tahun yang
dahulu. Tetapi lebih mesra dipanggil kawan-kawan dengan nama Nouri.
Nama yang diberi tanpa sengaja oleh cikgu saya semasa di sekolah
rendah. Ibubapa saya Jubli dan Salomah, dua nama yang unik.
Kedua-duanya masih lagi bekerja. Saya anak pertama dari lima adik beradik. Tiga tahun perkahwinan, kami
dikurniakan dua puteri yang comel bernama Fareshya dan Sofeyya.
Mendapat kelulusan Ijazah
sarjana Muda Pendidikan di Universiti tempatan. Selama tiga tahun
lebih mengajar subjek 'Combined Science' di sekolah menengah kerajaan
bermacam-macam pengalaman manis dan pahit dilalui semasa mendidik
walau dikira masih baru. Tahun ni saya mengajar Tahun 11. Kelas tahun
yang paling digeruni guru-guru sebab penuntut bakal menduduki
peperiksaan terbesar, GCSE O Level. Semua orang, pengetua, guru-guru,
penuntut terutama sekali ibu bapa penuntut sangat-sangat mengharapkan
keputusan yang cemerlang. Orang yang paling terasa gerunnya tentulah
penuntut yang akan menduduki. InshaAllah, dengan pengalaman
yang ada, saya akan kongsikan Tips Belajar Di Rumah Super Seronok =)
Saya berasal dari Brunei Darussalam. Sekarang keluarga kecil
saya tinggal di kediaman suami sendiri, Pekan Seria, asal tanah
minyak yang masyhur sebagai penjana ekonomi negara. Di sinilah
masa-masa lapang saya habiskan dengan menambah ilmu pengetahuan
dengan membaca majalah-majalah wanita, dekorasi, resipi atau buku
motivasi berunsurkan kebebasan kewangan dan pembaikan diri. Masa saya
juga selalu dihabiskan dengan membaca online.
Ketika blog ini ditulis
saya sedang cuti bersalin anak kedua. Saya seronok menjaga anak-anak
dan dapat memberikan penyusuan eksklusif kepada Sofeyya yang tidak
pernah saya lakukan pada Fareshya dulu. Sebelum ni suami hanya makan
di tempat kerja sekarang sanggup balik ke rumah semata-mata untuk
menikmati juadah tengah hari yang saya pelbagaikan setiap hari. Tidak
payah tunggu hujung minggu untuk berjumpa ibu dan ayah. 'Melepak' dan
'cuci mata' dengan adik-adik ke kedai pakaian kesukaan kami. Dapat
mengaji sampai khatam beberapa kali. Dengan masa saya dipenuhi dengan
hari-hari yang indah, hati saya terpaut dengan impian untuk menjadi
surirumah sepenuh masa yang berjaya di dunia dan akhirat.InshaAllah,
ia akan menjadi kenyataan.
No comments:
Post a Comment