Tuesday, April 9, 2013

Tips ruang belajar seronok

Teks: Nouri Jubli
Foto: Google

Semua ibubapa mahu anaknya cemerlang di dalam pelajaran. Mendapat keputusan yang dapat dibanggakan. Pembelajaran atau mengulangkaji di rumah sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada pencapaian anak-anak di sekolah. Dengan adanya sokongan, usaha dan doa ibubapa dalam sama-sama menuju impian anak mahupun ibubapa sendiri dapat dicapai. Ibubapa perlu peka dengan persikitaran pembelajaran. Semuanya bermula dari rumah.

Dengan menyediakan bilik belajar yang selesa dapat membantu anak-anak mencapai kejayaan. Bilik belajar boleh dijadikan pejabat mini atau ruang membaca keluarga. Di sini saya sertakan beberapa tips untuk penyediaan ruang belajar:
  • Pilih ruang dengan pencahayaan yang baik seperti dekat dengan jendela atau pancaran lampu yang betul.  Jangan membelakangi lampu. Bayang-bayang yang jatuh ditempat bacaan menyukarkan mata untuk memberi tumpuan. Ini boleh meletihkan mata.
  • Jauh daripada televisyen dan tempat yang bising terutama kawasan keluarga berkumpul. Tempat belajar seharusnya sunyi, selesa dan teratur. 
  • Elakkan alat elektronik yang boleh mengalihkan perhatian anak. Sediakan satu tempat khas untuk permaianan video, telefon bimbit atau komputer. 
  • Meja yang lapang dan kerusi yang selesa.
  • Alat tulis, kertas, fail dan buku disusun di tempat yang mudah capai. Ini bagi menggelakan konsentrasi terganggu bila bangun dari duduk.

Di sini saya bermula

Teks: Nouri Jubli


Saya mempunyai dua puteri comel yang masih kecil. Semasa anak pertama masih dalam kandungan, saya mengajar di sekolah menengah yang agak jauh dari tempat tinggal. Pada masa itu saya dan suami tinggal dengan ibubapa saya di kampung Sengkarai Tutong. Suami yang memang ada rumah sendiri menyuarakan untuk saya berpindah kerana risau dengan keadaan saya yang terpaksa memandu pulang balik sendiri ketempat kerja. Alhamdullilah tidak sampai beberapa bulan saya pindah ketempat lahir suami di Pekan Seria.

 Setelah anak sulung lahir, Fareshya, keadaan berubah. Saya tidak mempunyai pembantu rumah semasa bekerja. Seawal pagi, saya terpaksa bangun awal untuk menyediakan sarapan suami dan menyiapkan anak untuk dihantar ke ibu mertua yang tinggal berdekatan dengan kami. Suami adalah anak yang bungsu dari sepuluh adik beradik. Dia pernah berkata semasa dia bujang dan masih tinggal dengan maknya, rumah mak bagaikan taska. Bila abang-abang yang bekerja yang punya anak kecil akan dihantar seawal pagi untuk dijaga sementara oleh mak.

Sekarang sudah tiba giliran kami. Maka dalam masa itu kami pun mencari pembantu rumah dengan niat tidak mahu menyusahkan ibu mertua. Buat sementara waktu, saya terpaksalah juga hantar tempat mak. Setelah Fareshya sepuluh bulan, pembantu rumah yang dinantikan telah tiba. Itu pun selepas dua kali ditipu agen amah. Tidak sampai dua tahun bekerja, pembantu yang di harap buat hal. Dengan tidak berpuas hati terpaksa dihantar balik. Kami datangkan lagi pembantu rumah yang baru dengan harapan dapat menjaga Fareshya dan anak ke dua saya yang bakal lahir masa tu.

Alhamdulillah, tiga bulan sebelum anak kedua lahir, pembantu bekerja dengan baik. Tak lama kerja dia nak minta balik bulan Mei ini kerana hal peribadi. Kebetulan masa tu saya masih dalam cuti pantang anak kedua. Ya Allah dugaan kami dengan pembantu rumah! Saya menjadi susah hati. Kerja tidak lagi lama. Anak tidak ada orang tolong jaga bila kerja nanti.  

Dari sana terdetik di hati nak jadi surirumah. Tambahan lagi ada terbaca tentang Ibu atau Isteri Yang Bekerja Dari Rumah (IBDR) dari majalah kesayangan Mingguan Wanita. Selepas beberapa hari saya google nak cari resipi mee jawa untuk suami makan tengah hari. Tidak semena-mena terlintas satu blog WAHM (working at home mom). Saya tertarik sangat dengan isi blog tu kisah IBDR. Teringat dengan artikel dari majalah mingguan wanita tu, saya cari balik muka surat tu nak kepastian. Betullah ini yang diperkatakan penulis artikel tu. Dari hari tu, saya baca tulisan Puan Masayu yang empunya blog tentang WAHM untuk mendapatkan motivasi and inspirasi saya.

Setelah saya baca beberapa post Puan Masayu, saya tidak teragak-agak membeli salah satu ebooknya, Jana Wang Dari Rumah. Memang banyak informasi yang berguna bagi yang ingin memulakan bisnis dari rumah. Niat mahu berdikari sendiri selain bersama-sama suami menambah pendapatan sekiranya saya tidak lagi berkerja. Sehingga pada satu masa, saya ada hantar mesej kepada Puan Masayu yang masih saya simpan. 


Nak share, kenapa saya ada niat jadi WAHM, itu pun kalau sudi nak baca, hehehe. Saya sekarang cuti pantang 105 hari, bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah kerajaan. Dilema saya sekarang, anak sudah dua orang umur dua tahun dan seorang lagi 2 bulan. Tinggal 1 bulan lebih sudah mula kerja semula. Sekarang saya sangat seronok menjadi 'surirumah' sementara.

Dapat masak untuk keluarga, yang paling seronok dapat menyusukan sepenuhnya bayi. Yang sulung tak pernah mendapat penyusuan esklusif tapi bagi ebm sampai dua bulan sahaja. Kasihan. Saya ada pembantu rumah. Masalahnya dia akan tamatkan perkhidmatan tidak lama lagi. Belum habis kontrak dua tahun kerja dengan saya.

Saya mula ada pembantu rumah pada akhir tahun 2011 sampai sekarang. Dalam masa untuk mendapatkan pembantu rumah di sini bukan senang. sekali kena tipu, duit habis bayar tetapi pembantu tidak ada. Yang kedua habis bayar, kerja tak sampai 2 tahun saya hantar balik Indon sebah masalah sikap. Ambil lagi seorang yang masih kerja pada masa ini, bari 4 bulan dah nak balik Mei ini. Bayangkan dalam masa 3 tahun beribu dihabiskan, tetapi tak ada yang dapat saya harap sangat. Kasihan dengan anak. Selepas dia balik nanti, tidak tahu siapa nak jaga anak masa kerja nanti. Taska di sini jauh dari tempat kerja, mertua sudah berumur, mak bapa masih kerja, adik-adik sekolah, nenek saya sudah uzur. Suami pernah bersuara, kasihan dengan saya dan anak-anak. Tambahan, nanti apabila saya kerja lagi susah sebab saya mengajar 4 kelas tahun 11 yang akan menduduki peperiksanan O level tahun ini. Kelas tambahan memang banyak.

Sampai satu hari kebetulan baca Mingguan Wanita, ruangan mengurus kewangan tulisan tuan Sunthara Segar ada tulis tentang WAHM. Saya google, keluar blog akak, selepas baca tulisan akak, ingin tahu tentang WAHM, semakin kuat. Saya rasa inilah penyelesaian masalah saya. Tetapi saya ada sasaran mungkin saya mahu jadi WAHM pada tahun hadapan apabila sudah bersedia. Insya-Allah, mudahan ditetapkan hati ini.

Di atas adalah petikan dari surat saya kepada Puan Masayu. Bekerja sebagai guru dan surirumah memerlukan pengurusan masa yang teratur, disiplin diri dan komitmen yang tinggi. Dengan ada dua anak maka makin bertambah beban kerja. Anak-anak memerlukan kasih sayang setiap masa. Tidak tahanlah jika setiap hari makan air tangan orang di restoran dengan suami usai balik kerja. Orang berada lagi makan dirumah. Kesian suami jaga anak, kekadang saya tertidur kelelahan pulang kerja, sedangkan suami pun bekerja.

Sebelum saya kembali berkerja, saya ambil peluang ini untuk belajar membuat blog secara sambilan dengan tunjuk ajar Puan Masayu dan kawan-kawan yang awal belajar. Membayar untuk kelas belajar asas blog adalah satu pelaburan yang tidak merugikan bagi saya. Saya bersyukur ditemukan dengan para surirumah dan kawan-kawan yang memahami.




Monday, April 8, 2013

Nota cantik elak bosan

Teks: Nouri Jubli
Foto: Google

Kita suka pada barang-barang yang cantik dan warna warni. Menulis nota dari kelas atau bacaan dari buku, selalunya dibuat untuk rujukan dan juga ulangkaji. Buku nota khas inilah yang akan dibuka untuk ditelaah. Tetapi mestilah isi nota itu, padat dengan isi-isi penting. Salah satu cara yang mudah adalah menggunakan peta minda. Di sini ada beberapa tips untuk memberi 'seri' kepada buku nota biasa kepada luar biasa.
  • Gunakan pen atau pensil berwarna-warni selain menggunakan pen hitam biru. Sekurang-kurangnya tiga warna.
  • Tukar perkataan kepada gambar- Contoh perkataan pokok ditukar kepada lukisan pokok.
  • Gunakan ayat yang pendek atau satu perkataan yang bekenaan dengan tajuk.
  • Kertas lekat (post-it) bewarna- Yang ini sangat mudah digunakan semasa membaca buku rujukan. Poin-poin yang penting di tulis dan ditampal. Selesai membaca satu tajuk, kertas lekat ni dikumpul dan dilekatkan dalam satu muka surat.

Ulang tahun buah hati 6.4.2013

Teks: Nouri Jubli


Catatan 7.4.2013

Sudah kebiasaan kami berbagi hujung minggu untuk bermalam di rumah nenek Tutong. Kelmarin 6.4.2013 hari jadi suami. Kami sambut sederhana sahaja. Saya manjakan suami dengan berurut di SPA, makan sate kambing kesukaannya di restoran ala Jawa dan jalan-jalan di Mall. Malamnya saya kejutkan dia dengan hadiah dan kek cawan yang disusun di atas meja cermin semasa dia mandi.  Saya doakan mudahan suami diberi kesihatan, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dirahmati dan diberkati selalu. Amin.

Hari ini Ahad, hari ke tiga berada di rumah nenek. Selepas keluar makan sarapan pagi dari kedai mamak yang suami suka. Fareshya teruja sangat bila nampak bola-bola plastik bermacam-macam warna yang bergantungan di kedai sebelah. Pilih warna mana Fareshya suka arah ayahnya. Di sebalik saya, malu-malu di depan penjual, dia tunjuk bola warna hijau. Lompat-lompat Fareshya dapat barang baru. Singgah ke pasaraya, beli barang dapur sebelum balik ke Seria. Baru teringat hari tanpa plastic setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Terlupa bawa bag kitar semula. Pekedai memang paham, tidak semua orang bawa bag. Jadi kami pilih kotak sederhana besar yang disediakan tepi kaunter bayar. Jimat juga tak perlu lagi beli bag.
 
Petang di rumah nenek ramai sanak saudara datang. Tak sangka mereka sambut hari jadi suami. Mak Uwa dan Mami bawa kek. Mami bawa nasi goring kerabu. Emak bawa kebab kambing dan ayam. Sepupu dan anak buah sama-sama memeriahkan. Alhamdullillah rezeki suami. Di kesempatan itu, Fareshya sempat ambil perhatian semua orang =D





Thursday, April 4, 2013

Pentingnya sarapan pagi

Teks: Nouri Jubli

Google image
Tak sempat, tiada masa, sudah akhir laa, antara alasan pelajar mahupun orang yang bekerja untuk tidak bersarapan. Kesannya melangkah masuk ke kelas atau tempat kerja lemah longlai, tiada fokus. Selepas beberapa minit mendengar cikgu mengajar, kepala sudah diletak berbantalkan lengan di atas meja. Mata yang tadinya segar sedaya upaya dibuka seluas-luasnya untuk memberi tumpuan yang hanya cuma sementara. Bila sedar muka ada tompok putih dibaling kapur. Paling memalukan bila air deras macam air terjun dibibir mencurah-curah ke atas meja. Tidur lama akibat sembunyi di balik belakang kawan yang besar dari pandangan cikgu. Kawan tengok pun geli. 

Sarapan pagi sangat penting dalam diet seharian. Kenapa ia penting? Kita tidur enam ke lapan jam sehari tanpa makan. Jadi bila kita bangun, otak dan tubuh bdan memerlukan tenaga untuk bekerja. Bayangkan dari lapan jam tidak makan semasa tidur disambung dengan empat jam semasa belajar atau kerja. Memang tidak bermaya dan tidak bertenaga. Malangnya lagi sekiranya kelas dekat dengan kantin. Perhatian di dalam kelas lari dek bau ayam goreng yang lezat datang menusuk hidung. Tak sabar-sabar tunggu waktu rehat. Sarapan pagi akan memberikan kita tumpuan yang bagus, dapat tenaga, lebih produktif, bersemangat dan dapat mengawal berat badan. Ya, mengawal berat badan. Di waktu pagi metabolisma kita tinggi. Dengan kata lain tenaga mudah dibakar. Sebab itu, kita mudah lapar walaupun bersarapan berat.

Google image


Tiada alasan tidak sempat sarapan. Pada masa sekarang, semua mudah. Bermacam-macam makanan siap sedia boleh dibuat sarapan pagi seperti roti paun, emping jagung, oats, minuman bancuh, roti dalam paket mini dan lain-lain. Tak sempat makan di rumah, bawa saja roti untuk dimakan dalam perjalanan. Jadi, luangkan sedikit masa untuk makan sarapan pagi bagi menempuh hari-hari yang mencabar.






Sihat dengan bekam

Teks: Nouri Jubli

Assalamualaikum,

Udang Kara Yang Gemuk
Hari ini ringan saja rasa badan selepas dibekam suami semalam. Tidak seperti hari sebelumnya. Mana taknya, tiga hari kebelakangan ni makan yang sedap-sedap saja. Sotong goreng ranggup, ikan stim, ketam masak telur masin, udang kara, semua makanan laut! Naik sakit kepala. Hari kedua makan makanan laut, bapa mertua yang belanja. Selalunya kami pergi makan malam dekat kawasan sini saja. Tapi ada rezeki lebih, dia bawa ke tempat istimewa, restoran tepi pantai Jerudong. Anak-anak saya tinggalkan dengan pembantu rumah. Saya dah pasang kamera sekuriti yang boleh dipantau dari telefon bimbit sebelum bertolak. Selesai saja makan, badan terasa berat semacam. Lebih-lebih lagi lepas makan udang kara. Ibu mertua pesan dua gelas jus belimbing. Dia suruh kami suami isteri minum supaya rasa 'kolestrol' tu turun. Selepas minum baru rasa ringan sikit.


Kelmarin badan tak berapa sihat. Kepala berat saja. Nak bangun tidur malas. Tetapi saya gagahkan jua untuk melakukan tugas sebagai surirumah. Solat, masak, kemas rumah, anak-anak saya selesaikan macam hari biasa. Balik suami dari kerja, dia tengok muka pucat saja. Saya pun mengadu yang badan tak berapa cergas kepala pun sakit. Dia syorkan saya buat bekam. Suami memang pandai membekam dan punya klinik sendiri. Banyak juga darah yang keluar. Takut saya lihat darah-darah beku yang dibersihkan suami dari gelas bekam. Suami kata ada tiga perkara jika orang itu sihat. Makan berselera, tidur lena dan badan cergas. Alhamdullilah hari ini saya sihat dengan izin Allah SWT.




Wednesday, April 3, 2013

Catatan 29.3.2013

Teks: Nouri Jubli


Petang tadi selepas sembahyang Jumaat, saya dan suami menjamu makan tenghari. Menu hari ni ayam masak kelio dan sayur kailan cendawan. Untuk Fareshya saya gorengkan ayam saja dan campur sedikit nasi. Saya agak risau sejak kebelakangan ini, Fareshya tidak mahu makan nasi seperti sebelumnya. Sayur kailan yang pernah jadi kesukaannya pun tidak dijamah. Tapi badan dia comel berisi. Mungkin dari susu formula yang dia minum menambah nutrisi yang seharusnya dia dapat.

Bulan lepas dia ada perjumpaan dengan doktor paedratik. Saya tidak hairan bila doktor kata dia terlebih berat. Pada hal dia tidaklah kuat makan. Dia suka makan yang manis dan kuat minum susu. Kadang menguji kesabaran, bila kita suap dia makan dia paling kepala dia. Ibu mana tak risau kalau anak kurang nutrisi. Jadi saya cuba cari cara untuk memancing dia suka makan.  Ayahnya ada pesan, asal dia makan sudah. Jangan tak makan langsung. Jadi untuk menambah gizi dan juga nutrisinya, ayahnya ada belikan dia madu sebagai makanan tambahan.

Selesai makan, suami kembali bekerja. Pembantu rumah seperti biasa masuk ke dapur untuk mengemas meja sebaik saja kami selesai makan. Sofeyya diserahkan kepada saya. Jadi kebiasaan saya bila menysukan Sofeyya saya saya lebih selesa cara berbaring. Sambil berehat dan menyusukan si kecil, telefon bimbit saya bedering. tertera numbor yang tak saya kenali. terus saya capai takut-takut Sofeya terbangun. Rupanya orang dari Takaful nak buat konformasi dengan pinjaman untuk pembelian rumah yang tertangguh semasa saya masih hamil. Mereka mahu BMI saya untuk melulusakn pinjaman saya dengan bank. Dengan ketinggian dan berat badan saya sekarang, BMI saya termasuk dalam kategori terlebih berat badan. Tapi diluluskan selepas dimesyuaratkan dengan pegawai mereka. Alhamdullillah, pembelian rumah yang terletak disebelah rumah nenek bakal jadi kenyataan. Ini adalah impian ibu dan saya.

Esok Sofeyya ada perjanjian di klinik Tutong. Jadi kami bersiap-siap untuk bermalam  di rumah nenek. Lagipun esok suami tidak bekerja, boleh temankan kami. Bukan tidak ada klinik di Seria, tapi saya lebih suka di sana. Tutong adalah tempat saya dibesarkan. Ramai yang saya kenal membuatkan saya berasa selesa. Mudahan segala urusan esok dipermudahkan.