Thursday, April 4, 2013

Sihat dengan bekam

Teks: Nouri Jubli

Assalamualaikum,

Udang Kara Yang Gemuk
Hari ini ringan saja rasa badan selepas dibekam suami semalam. Tidak seperti hari sebelumnya. Mana taknya, tiga hari kebelakangan ni makan yang sedap-sedap saja. Sotong goreng ranggup, ikan stim, ketam masak telur masin, udang kara, semua makanan laut! Naik sakit kepala. Hari kedua makan makanan laut, bapa mertua yang belanja. Selalunya kami pergi makan malam dekat kawasan sini saja. Tapi ada rezeki lebih, dia bawa ke tempat istimewa, restoran tepi pantai Jerudong. Anak-anak saya tinggalkan dengan pembantu rumah. Saya dah pasang kamera sekuriti yang boleh dipantau dari telefon bimbit sebelum bertolak. Selesai saja makan, badan terasa berat semacam. Lebih-lebih lagi lepas makan udang kara. Ibu mertua pesan dua gelas jus belimbing. Dia suruh kami suami isteri minum supaya rasa 'kolestrol' tu turun. Selepas minum baru rasa ringan sikit.


Kelmarin badan tak berapa sihat. Kepala berat saja. Nak bangun tidur malas. Tetapi saya gagahkan jua untuk melakukan tugas sebagai surirumah. Solat, masak, kemas rumah, anak-anak saya selesaikan macam hari biasa. Balik suami dari kerja, dia tengok muka pucat saja. Saya pun mengadu yang badan tak berapa cergas kepala pun sakit. Dia syorkan saya buat bekam. Suami memang pandai membekam dan punya klinik sendiri. Banyak juga darah yang keluar. Takut saya lihat darah-darah beku yang dibersihkan suami dari gelas bekam. Suami kata ada tiga perkara jika orang itu sihat. Makan berselera, tidur lena dan badan cergas. Alhamdullilah hari ini saya sihat dengan izin Allah SWT.




No comments:

Post a Comment