Thursday, April 4, 2013

Pentingnya sarapan pagi

Teks: Nouri Jubli

Google image
Tak sempat, tiada masa, sudah akhir laa, antara alasan pelajar mahupun orang yang bekerja untuk tidak bersarapan. Kesannya melangkah masuk ke kelas atau tempat kerja lemah longlai, tiada fokus. Selepas beberapa minit mendengar cikgu mengajar, kepala sudah diletak berbantalkan lengan di atas meja. Mata yang tadinya segar sedaya upaya dibuka seluas-luasnya untuk memberi tumpuan yang hanya cuma sementara. Bila sedar muka ada tompok putih dibaling kapur. Paling memalukan bila air deras macam air terjun dibibir mencurah-curah ke atas meja. Tidur lama akibat sembunyi di balik belakang kawan yang besar dari pandangan cikgu. Kawan tengok pun geli. 

Sarapan pagi sangat penting dalam diet seharian. Kenapa ia penting? Kita tidur enam ke lapan jam sehari tanpa makan. Jadi bila kita bangun, otak dan tubuh bdan memerlukan tenaga untuk bekerja. Bayangkan dari lapan jam tidak makan semasa tidur disambung dengan empat jam semasa belajar atau kerja. Memang tidak bermaya dan tidak bertenaga. Malangnya lagi sekiranya kelas dekat dengan kantin. Perhatian di dalam kelas lari dek bau ayam goreng yang lezat datang menusuk hidung. Tak sabar-sabar tunggu waktu rehat. Sarapan pagi akan memberikan kita tumpuan yang bagus, dapat tenaga, lebih produktif, bersemangat dan dapat mengawal berat badan. Ya, mengawal berat badan. Di waktu pagi metabolisma kita tinggi. Dengan kata lain tenaga mudah dibakar. Sebab itu, kita mudah lapar walaupun bersarapan berat.

Google image


Tiada alasan tidak sempat sarapan. Pada masa sekarang, semua mudah. Bermacam-macam makanan siap sedia boleh dibuat sarapan pagi seperti roti paun, emping jagung, oats, minuman bancuh, roti dalam paket mini dan lain-lain. Tak sempat makan di rumah, bawa saja roti untuk dimakan dalam perjalanan. Jadi, luangkan sedikit masa untuk makan sarapan pagi bagi menempuh hari-hari yang mencabar.






No comments:

Post a Comment