Monday, April 8, 2013

Ulang tahun buah hati 6.4.2013

Teks: Nouri Jubli


Catatan 7.4.2013

Sudah kebiasaan kami berbagi hujung minggu untuk bermalam di rumah nenek Tutong. Kelmarin 6.4.2013 hari jadi suami. Kami sambut sederhana sahaja. Saya manjakan suami dengan berurut di SPA, makan sate kambing kesukaannya di restoran ala Jawa dan jalan-jalan di Mall. Malamnya saya kejutkan dia dengan hadiah dan kek cawan yang disusun di atas meja cermin semasa dia mandi.  Saya doakan mudahan suami diberi kesihatan, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dirahmati dan diberkati selalu. Amin.

Hari ini Ahad, hari ke tiga berada di rumah nenek. Selepas keluar makan sarapan pagi dari kedai mamak yang suami suka. Fareshya teruja sangat bila nampak bola-bola plastik bermacam-macam warna yang bergantungan di kedai sebelah. Pilih warna mana Fareshya suka arah ayahnya. Di sebalik saya, malu-malu di depan penjual, dia tunjuk bola warna hijau. Lompat-lompat Fareshya dapat barang baru. Singgah ke pasaraya, beli barang dapur sebelum balik ke Seria. Baru teringat hari tanpa plastic setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Terlupa bawa bag kitar semula. Pekedai memang paham, tidak semua orang bawa bag. Jadi kami pilih kotak sederhana besar yang disediakan tepi kaunter bayar. Jimat juga tak perlu lagi beli bag.
 
Petang di rumah nenek ramai sanak saudara datang. Tak sangka mereka sambut hari jadi suami. Mak Uwa dan Mami bawa kek. Mami bawa nasi goring kerabu. Emak bawa kebab kambing dan ayam. Sepupu dan anak buah sama-sama memeriahkan. Alhamdullillah rezeki suami. Di kesempatan itu, Fareshya sempat ambil perhatian semua orang =D





No comments:

Post a Comment