Wednesday, April 3, 2013

Catatan 29.3.2013

Teks: Nouri Jubli


Petang tadi selepas sembahyang Jumaat, saya dan suami menjamu makan tenghari. Menu hari ni ayam masak kelio dan sayur kailan cendawan. Untuk Fareshya saya gorengkan ayam saja dan campur sedikit nasi. Saya agak risau sejak kebelakangan ini, Fareshya tidak mahu makan nasi seperti sebelumnya. Sayur kailan yang pernah jadi kesukaannya pun tidak dijamah. Tapi badan dia comel berisi. Mungkin dari susu formula yang dia minum menambah nutrisi yang seharusnya dia dapat.

Bulan lepas dia ada perjumpaan dengan doktor paedratik. Saya tidak hairan bila doktor kata dia terlebih berat. Pada hal dia tidaklah kuat makan. Dia suka makan yang manis dan kuat minum susu. Kadang menguji kesabaran, bila kita suap dia makan dia paling kepala dia. Ibu mana tak risau kalau anak kurang nutrisi. Jadi saya cuba cari cara untuk memancing dia suka makan.  Ayahnya ada pesan, asal dia makan sudah. Jangan tak makan langsung. Jadi untuk menambah gizi dan juga nutrisinya, ayahnya ada belikan dia madu sebagai makanan tambahan.

Selesai makan, suami kembali bekerja. Pembantu rumah seperti biasa masuk ke dapur untuk mengemas meja sebaik saja kami selesai makan. Sofeyya diserahkan kepada saya. Jadi kebiasaan saya bila menysukan Sofeyya saya saya lebih selesa cara berbaring. Sambil berehat dan menyusukan si kecil, telefon bimbit saya bedering. tertera numbor yang tak saya kenali. terus saya capai takut-takut Sofeya terbangun. Rupanya orang dari Takaful nak buat konformasi dengan pinjaman untuk pembelian rumah yang tertangguh semasa saya masih hamil. Mereka mahu BMI saya untuk melulusakn pinjaman saya dengan bank. Dengan ketinggian dan berat badan saya sekarang, BMI saya termasuk dalam kategori terlebih berat badan. Tapi diluluskan selepas dimesyuaratkan dengan pegawai mereka. Alhamdullillah, pembelian rumah yang terletak disebelah rumah nenek bakal jadi kenyataan. Ini adalah impian ibu dan saya.

Esok Sofeyya ada perjanjian di klinik Tutong. Jadi kami bersiap-siap untuk bermalam  di rumah nenek. Lagipun esok suami tidak bekerja, boleh temankan kami. Bukan tidak ada klinik di Seria, tapi saya lebih suka di sana. Tutong adalah tempat saya dibesarkan. Ramai yang saya kenal membuatkan saya berasa selesa. Mudahan segala urusan esok dipermudahkan.


No comments:

Post a Comment